Posts

Showing posts from 2015

Pemakanan yang Ideal

Image
Assalamualaikum WBT. “Hai, sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik daripada apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168) Makan atau kedarah? Berasaskan ayat al-Quran di atas, satu elemen penting yang menunjangi konsep gaya hidup sihat  ialah aspek pemakanan berpaksikan kehalalan dan kualiti tinggi makanan tersebut yang berkaitan dengan makanan seimbang dan piramid makanan. Kedua-dua hal ini perlu diambil kira dalam kehidupan seharian dan seterusnya membentuk perspektif tentang gaya hidup sihat. Di samping itu, daripada ayat di atas, satu lagi aspek yang penting ialah penghindaran diri daripada tabiat yang buruk dan berbahaya (jejak langkah syaitan) seperti merokok, penyalahgunaan dadah, dan pengambilan alkohol. Sehubungan itu, berkaitan dengan larangan mengikuti jejak langkah syaitan ialah penjagaan kebersihan diri yang merangkumi kebers

Ketepatan Tanda Baca; kesempurnaan Teks.

Image
Assalamualaikum WBT. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita Jilid 1 terbitan 'K' Publishing Sdn Bhd. (2003) ada diperjelas fungsi tanda baca iaitu(.), (,), (:) dan (;). Di sini aku  ghoyat  (nyatakan) fungsi tanda-tanda baca tersebut. Sumber: http://www.google.com.my/imgres?q=tanda+baca   Titik atau noktah (.) 1.Menandakan berakhirnya sesuatu ayat [ Adeeb sedang menanak nasi. ]. 2.Menandakan kependekan pada perkataan [ En.  bagi Encik,  utk.  bagi untuk,  Bkt. Chatak  bagi Bukit Chatak,  bt.  bagi binti,  Trg.  bagi Terengganu,   dll.  bagi dan lain-lain]. 3.Menandakan angka perpuluhan [ 3.1% : tiga perpuluhan satu peratus]. 4.Memisahkan angka ringgit daripada sen  [ RM5.20 : lima ringgit dua puluh sen]. 5.Diletakkan di hadapan angka sen jika tidak ada angka-angka lain sebelumnya [ RM0.50 : lima puluh sen].

Senyum... Senyum... Aneka Senyum...

Image
Senyum kucing pun ada...? Assalamualaikum WBT. Kali ini entri yang dikongsi berkaitan dengan senyum... Ada pelbagai ungkapan yang dikaitkan dengan senyum atau senyuman. Antaranya, "Senyum itu sedekah.", "Kurangkan manis dalam minuman; tambahkan manis dalam senyuman", dsb. Aku hanya ingin senaraikan beberapa jenis senyuman berdasarkan bahasa Melayu: 1. Senyum kambing: Senyum yang dibuat-buat untuk mengejek. 2. Senyum kanyur: Senyum yang dibuat-buat ketika marah. 3. Senyum kucing: Senyum yang mengandungi sesuatu muslihat. 4. Senyum manis: Senyum yang menarik sekali ( menampakkan kejelitaan seseorang). 5. Senyum raja: Senyum yang dibuat-buat (tidak mengandungi apa-apa makna). 6. Senyum serong-serong bahasa: Senyum sedikit sahaja. 7. Senyum simpul: Senyum yang menandakan gembira, geli hati dll. 8. Senyum sinis: Senyum yang dibuat-buat kerana mengejek atau menyindir. 9. Senyum sumbing: Senyum sedikit sahaja. 10. Senyum tawar: Senyum yang dibuat-bu

Implikasi Solat Terhadap Fisiologi & Kesihatan

Image
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Beibadatlah seolah-olah kamu akan mati hari esok; Bekerjalah seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi. Assalamualaikum WBT. Bertemu lagi hari ini untuk aku perincikan implikasi solat dalam mengekalkan tahap kesihatan yang menumpukan aspek sosiologi dan kesihatan. Sebelum menapak lebih jauh aku ingin memperjelas tiga kata yang utama iaitu solat, fisiologi dan kesihatan.  Definisi Fisiologi Berdasarkan Hajah Noresah bt. Baharom (Ketua Editor), 2005, Kamus dewan. (Edisi ke-4). Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka, takrifan fisiologi merujuk kepada, “Proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma“. Organisma ialah haiwan, tumbuhan dan benda-benda yang menjalani proses kehidupan seperti bernafas, membesar dan membiak. Proses dan fungsi berkenaan merangkumi sistem respirasi, sistem peredaran darah sama ada ganda dua, lengkap dan tertutup dan sistem otot manusia.

Baru vs baharu

Assalamualaikum WBT. Apakah perbezaan antara 'baru' dengan 'baharu'? Bagaimanakah contoh penggunaannya? Adakah sama antara 'baru' dengan 'baharu'? Ketiga-tiga soalan ini menggambarkan betapa kaya dan fleksibel bahasa Melayu @ bahasa Malaysia. Berdasarkan akhbar sisipan Berita Harian iaitu Klik DBP yang diterbitkan pada 16 Mei 2005 di halaman 2 ada diperjelas fungsi dan penggunaan kata 'baru' dengan 'baharu'. Berikut aku perturunkan semula secara bentuk poin.

Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia.

Image
Assalamualaikum WBT. Artikel yang aku muat naik ke blog ini ialah tugasan yang disempurnakan untuk subjek HBML 4403: Kompentensi Dalam Bahasa Melayu bagi Semester Januari 2011. Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan untuk menangkis serta menggempur usaha-usaha yang digerakkan untuk meraksasakan bahasa Inggeris dalam sektor pendidikan di negara kita yang tercinta ini. Malangnya nanti, bahasa Melayu semakin terpinggir. Alahai bahasa Melayu ... . Pendahuluan Filsuf-filsuf Islam yang muktabar seperti al-Ghazali dan al-Farabi dan juga tidak terkecuali pemikir-pemikir ulung dalam tradisi Barat seperti Humboldt, Descartesm Wittgenstein, dan Chomksy memperakui bahawa bahasa sebagai aspek penting dalam kehidupan manusia sejagat. Hal ini tidak dapat dinafikan jika dirujuk kepada sejarah awal kehidupan dan ketamadunan manusia, bahasa amat berperanan dalam membina konsep kendiri dan menambah baik tahap keilmuan setiap individu. Selain itu, secara sarwajagat bahasa merupakan salah satu unsu

Salam untuk Dunia Maya ...

Assalamualaikum WBT. Kali ke-2 berjinak-jinak dengan blog di Blogspot.com. Perasaan bercampur baur tatkala mengepos nota ini. Bangga setelah lama memasang angan-angan berkongsi minda dengan blogger lain. Rasa kerdil menerjah ke minda kerana banyak perkara yang perlu diterokai untuk bergelumang di blog.