Posts

Showing posts from 2016

Jenis-jenis Perkataan dalam Bahasa Melayu (Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk, & Kata Ganda)

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah ketemu lagi kali ini setelah sekian lama menyepi diri daripada dunia maya tanpa sempadan ini. Entri pada kali ini menjurus kepada aspek tatabahasa bahasa Melayu iaitu berkenaan beberapa jenis perkataan dalam bahasa Melayu berserta contoh-contohnya. Moga-moga apa-apa yang diposkan kali ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang bahasa Melayu. Namun demikian, andai kata kedapatan beberapa kelemahan dan kesilapan, kemaafan jua dipohon. Empat sumber rujukan utama bagi entri ini ialah: 1. Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita : Jilid 1 . Shah Alam: 'K' Publishing Sdn. Bhd. 2. Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita : Jilid 2 . Shah Alam: 'K' Publishing Sdn. Bhd. 3. Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan : Edisi Ketiga . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 4. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (1996) Tatabahasa Dewan Edi

Kampung Padang Jambu, 23000 Dungun, Terengganu.

Image
Assalamualaikum WBT. Pada kali ini aku ingin mempromosikan tanah tumpahnya darahku; Kampung Padang Jambu dalam Daerah Dungun di Negeri Terengganu Darul Iman. Jadi entri ini boleh dijadikan panduan bersama. Lokasi Kampung Padang Jambu 1. Tak Kenal Maka Tak Cinta Kampung Padang Jambu merupakan kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura-N.27 bahagian Parlimen Dungun-P.039. Kampung ini terletak berhampiran Sungai Dungun dengan jarak 0.55 km di bahagian utara. Lokasi kampung ini berkedudukan 2.26 km dengan bandar Dungun, Sura Gate dan 2 km dengan Kuala Dungun yang menghadap ke Laut Cina Selatan, di bahagian timur. Manakala menghala ke barat laut ialah jambatan Sungai Dungun iaitu dengan jarak 1.28 km. Bersempadan di sebelah utara ialah Kampung Nibong Bawah manakala Kampung Tanjung Pagar di bahagian barat daya. Kampung Bukit Chatak bersempadan di selatan dan Kampung Jalan Merpati di timur. Sementara itu, di bahagian barat berhadapan dengan sebuah kawasan paya

Kewajaran Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Image
Assalamualaikum WBT. Pejuang Kesusasteraan Melayu yang Dahagi Tidak dapat dinafikan bahawa, kebudayaan yang dimiliki atau diwarisi oleh datuk nenek tidak akan menitis kepada generasi pewaris hari ini, sekiranya tiada bahasa yang menjadi alat untuk penyampaian dan pemindahan maklumat. Sehubungan itu, kebudayaan yang tercatat dalam bentuk tulisan atau sebaliknya, tetap memerlukan bahasa selaku alat yang berupaya memberitahu generasi hari ini. Justeru, kesusasteraan Melayu klasik yang tercatat dalam bentuk tulisan atau yang belum tercatat dalam bentuk tulisan, dapat dibaca atau didengar melalui perantaraan bahasa. Tanpa bahasa, sastera tidak akan mungkin dapat dibaca dan didengar. Oleh sebab itu, tidak akan wujud sastera Melayu klasik seperti yang ada sekarang. Oleh hal yang demikian, kesusasteraan adalah sebagai satu daripada perkara yang mahu disampaikan oleh penulis kepada pembaca atau pendengarnya. Selain itu, sastera atau tulisan kreatif yang menggunakan bahasa yang baik