Baru vs baharu

Assalamualaikum WBT.

Apakah perbezaan antara 'baru' dengan 'baharu'?
Bagaimanakah contoh penggunaannya?
Adakah sama antara 'baru' dengan 'baharu'?

Ketiga-tiga soalan ini menggambarkan betapa kaya dan fleksibel bahasa Melayu @ bahasa Malaysia. Berdasarkan akhbar sisipan Berita Harian iaitu Klik DBP yang diterbitkan pada 16 Mei 2005 di halaman 2 ada diperjelas fungsi dan penggunaan kata 'baru' dengan 'baharu'. Berikut aku perturunkan semula secara bentuk poin.


1. Golongan kata:
Baru      :Golongan kata tugas - kata bantu
Baharu  :Golongan kata adjektif

2. Terjemahan dalam bahasa Inggeris:

Baru      :just
Baharu  :new

3. Huraian lanjut:
Baru      :berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu
Baharu  :merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk'

4. Contoh penggunaan:

Baru:
a. Mereka baru sahaja bermesyuarat.
b. Beliau baru berlepas ke Mekah.
c. Tayangan filem itu baru sahaja selesai.

Baharu  :Golongan kata adjektif:
kereta baharu, baju baharu, akhbar baharu, doktor baharu, pensyarah baharu, teknik baharu, teknologi baharu, masjid baharu, kerajaan baharu dsb.

5. Dari aspek morfologi:

Baru     :tidak boleh menerima imbuhan tetapi boleh menerima bentuk gandaan - baru-baru
Contoh: Baru-baru ini beliau memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan motosikal.
Baharu  :boleh menerima -
a. awalan teR- menjadi 'terbaharu'
b. awalan mempeR - menjadi 'memperbaharu'
c. apitan meN-...-i - menjadi 'membaharui'

6. Dari segi semantik: 'baharu' juga bermaksud moden.

7. Nota: Kadang-kadang 'baharu' juga dipendekkan menjadi 'baru' dalam penggunaan harian. Hal ini, tidak digalakkan.

Diharapkan penerangan di atas dalam membantu kita semua untuk memartabatkan bahasa Melayu. Insya-Allah.

Wassallam.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Perkataan dalam Bahasa Melayu (Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk, & Kata Ganda)

Senyum... Senyum... Aneka Senyum...

Kewajaran Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu