Posts

Showing posts with the label Keagamaan

Pemakanan yang Ideal

Image
Assalamualaikum WBT. “Hai, sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik daripada apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168) Makan atau kedarah? Berasaskan ayat al-Quran di atas, satu elemen penting yang menunjangi konsep gaya hidup sihat  ialah aspek pemakanan berpaksikan kehalalan dan kualiti tinggi makanan tersebut yang berkaitan dengan makanan seimbang dan piramid makanan. Kedua-dua hal ini perlu diambil kira dalam kehidupan seharian dan seterusnya membentuk perspektif tentang gaya hidup sihat. Di samping itu, daripada ayat di atas, satu lagi aspek yang penting ialah penghindaran diri daripada tabiat yang buruk dan berbahaya (jejak langkah syaitan) seperti merokok, penyalahgunaan dadah, dan pengambilan alkohol. Sehubungan itu, berkaitan dengan larangan mengikuti jejak langkah syaitan ialah penjagaan kebersihan diri yang merangkumi ke...

Implikasi Solat Terhadap Fisiologi & Kesihatan

Image
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Beibadatlah seolah-olah kamu akan mati hari esok; Bekerjalah seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi. Assalamualaikum WBT. Bertemu lagi hari ini untuk aku perincikan implikasi solat dalam mengekalkan tahap kesihatan yang menumpukan aspek sosiologi dan kesihatan. Sebelum menapak lebih jauh aku ingin memperjelas tiga kata yang utama iaitu solat, fisiologi dan kesihatan.  Definisi Fisiologi Berdasarkan Hajah Noresah bt. Baharom (Ketua Editor), 2005, Kamus dewan. (Edisi ke-4). Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka, takrifan fisiologi merujuk kepada, “Proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma“. Organisma ialah haiwan, tumbuhan dan benda-benda yang menjalani proses kehidupan seperti bernafas, membesar dan membiak. Proses dan fungsi berkenaan merangkumi sistem respirasi, sistem peredaran darah sama ada ganda dua, lengkap dan tertutup dan sistem otot manusia.