Senyum... Senyum... Aneka Senyum...

Senyum kucing pun ada...?

Assalamualaikum WBT.
Kali ini entri yang dikongsi berkaitan dengan senyum... Ada pelbagai ungkapan yang dikaitkan dengan senyum atau senyuman. Antaranya, "Senyum itu sedekah.", "Kurangkan manis dalam minuman; tambahkan manis dalam senyuman", dsb. Aku hanya ingin senaraikan beberapa jenis senyuman berdasarkan bahasa Melayu:

1. Senyum kambing: Senyum yang dibuat-buat untuk mengejek.
2. Senyum kanyur: Senyum yang dibuat-buat ketika marah.
3. Senyum kucing: Senyum yang mengandungi sesuatu muslihat.
4. Senyum manis: Senyum yang menarik sekali ( menampakkan kejelitaan seseorang).
5. Senyum raja: Senyum yang dibuat-buat (tidak mengandungi apa-apa makna).
6. Senyum serong-serong bahasa: Senyum sedikit sahaja.
7. Senyum simpul: Senyum yang menandakan gembira, geli hati dll.
8. Senyum sinis: Senyum yang dibuat-buat kerana mengejek atau menyindir.
9. Senyum sumbing: Senyum sedikit sahaja.
10. Senyum tawar: Senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita atau kecewa.

Kesimpulannya, banyak kata majmuk yang terbina daripada perkataan, senyum. Semoga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar bahasa kita lebih kaya dan berwarna-warni...

Wassallam.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Perkataan dalam Bahasa Melayu (Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk, & Kata Ganda)

Kewajaran Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu