Posts

Showing posts from January, 2016

Kewajaran Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Image
Assalamualaikum WBT. Pejuang Kesusasteraan Melayu yang Dahagi Tidak dapat dinafikan bahawa, kebudayaan yang dimiliki atau diwarisi oleh datuk nenek tidak akan menitis kepada generasi pewaris hari ini, sekiranya tiada bahasa yang menjadi alat untuk penyampaian dan pemindahan maklumat. Sehubungan itu, kebudayaan yang tercatat dalam bentuk tulisan atau sebaliknya, tetap memerlukan bahasa selaku alat yang berupaya memberitahu generasi hari ini. Justeru, kesusasteraan Melayu klasik yang tercatat dalam bentuk tulisan atau yang belum tercatat dalam bentuk tulisan, dapat dibaca atau didengar melalui perantaraan bahasa. Tanpa bahasa, sastera tidak akan mungkin dapat dibaca dan didengar. Oleh sebab itu, tidak akan wujud sastera Melayu klasik seperti yang ada sekarang. Oleh hal yang demikian, kesusasteraan adalah sebagai satu daripada perkara yang mahu disampaikan oleh penulis kepada pembaca atau pendengarnya. Selain itu, sastera atau tulisan kreatif yang menggunakan bahasa yang baik